A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, November 08, 2010

1,500 pelajar di Jeli terima sumbangan Netbook 1Malaysia

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

"...Mustapa berkata, kerajaan memperuntukkan 10,000 netbook bernilai RM10 juta untuk diagih-agihkan di bawah fasa pertama program itu kepada para pelajar tidak berkemampuan di Kelantan yang dimulakan di daerah ini...."

Adakah ini berbaloi? Yang paling penting, apakah RM10 juta ini akhirnya tidak akan jadi satu pembaziran?

Mengapa saya kurang bersetuju dengan langkah ini dan menganggapnya satu pembaziran?
Sudah jelas, tujuan netbook itu diberikan adalah untuk merapatkan jurang digital dan semoga kerajaan tidak akan dituduh tidak serius melaksanakannya. Namun, hakikatnya, RM10 juta yang digunakan itu akan menjadi satu lagi projek pembaziran. Ini kerana:
1. Kawasan yang diberikan itu tidak mempunyai liputan internet ataupun 'signal' yang terlalu lemah. Lantas akhirnya netbook itu hanya akan jadi satu bahan pameran atau sebagai alat untuk disalah-gunakan dek kerana tiada pemantauan.

2. Kebanyakkan penerima itu ialah penduduk kampung yang serba kekurangan hatta elektrik pun terpaksa dicatu agar tidak melebihi had bulanan. Penambahan satu lagi alat elektrik hanya akan menambah beban pada kewangan keluarga lantas akan menjadi tukun didalam rumah akibat dari kekurangan ini.

3. Tujuan murni, yakni untuk merapatkan jurang digital hanyalah satu wadah murni andai tiada pemantauan atas penggunaannya. Kebanyakkan ibu-bapa pelajar yang mendapat netbook itu tergolong dalam golongan kurang berpengetahuan dari segi keselamatan digital dan juga WWW. Ini akhirnya menjadi satu tempat bagi anak-anak mereka menghabiskan masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah serta aktif bersosial yang akhirnya menjurus pada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala lain lagi. Lihat sahaja pada murid-murid di terengganu yang terlebih dahulu diberi komputer riba yang akhirnya didapati ada bahan lucah didalamnya. Apakah ini kita inginkan?

Akhirnya, RM10juta wang rakyat akan dibazirkan begitu sahaja.

Saya lebih sukar andai kerajaan serius dalam hal ini, menyediakan lokasi setempat yang dijaga dan dikawal serta diselia oleh orang yang bertauliah. Cara ini membolehkan pemantauan dilaksanakan dengan lebih telus dan cekap serta memastikan penggunaan komputer pada tahap optima dan untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Malaysia kini mempunyai lambakan pelajar dalam bidan IT hingga peluang kerja semakin tipis dek kerana tiada pengalaman kerja, maka dengan adanya tempat sebegini, maka mereka ini berpeluang bekerja dan juga berkhidmat pada masyarakat dan negara amnya.

No comments: