A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, November 25, 2010

Keluarga lindungi peragut

Bomba selamatkan dua peragut

Seremban 24 Nov. – Gara-gara takut diberkas polis yang datang ke rumahnya, dua suspek kes ragut bertindak memanjat bumbung rumah jiran mereka sebelum menyorok di sebalik tangki air.
Namun usaha kedua-duanya sia-sia apabila mereka gagal pula untuk turun sehingga polis terpaksa memanggil pasukan bomba dan penyelamat.
Itulah berlaku terhadap dua suspek yang juga merupakan adik-beradik di Taman Bukit Kepayang, di sini kira-kira pukul 2 pagi ini.
Kedua-dua mereka ditahan polis sebaik sahaja operasi menyelamatkan mereka selesai dilakukan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, kedua-dua suspek berusia 20-an, sebelum itu dipercayai melakukan jenayah ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam, pukul 6.15 petang.
“Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek menyamar sebagai pemungut hutang sebelum melarikan beg pinggang mangsa. Suspek-suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Ford Laser,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, bertindak hasil daripada maklumat, pihaknya berjaya mengesan rumah kedua-dua suspek di taman perumahan berkenaan, beberapa jam kemudian.
Katanya, namun ahli keluarga suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama sebelum anggota terbabit menyedari kedua-dua mereka menyusup di atas bumbung rumah dua tingkat itu.
“Bagaimanapun mereka tidak boleh turun dari bumbung berkenaan sehingga kita terpaksa memanggil bomba bagi menurunkan suspek.
“Pihak bomba mengambil masa beberapa jam untuk menurunkan kedua-dua suspek sebelum mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk disoal siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Pendapat Saya:
Bagaimana kita ingin selesaikan masalah ragut, pecah rumah, dan lain-lain andai keluarga mereka ini sendiri tidak memberikan kerjasama. Atas nama sayang ke ini? Teringat aku pada kisah remaja yang masih di dalam perbicaraan.... Aku cadangkan pihak polis bukan setakat menangkap dan dakwa mereka itu, malah keluarga mereka yang melindungi dan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

No comments: