A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, March 19, 2008

DAP mahu dalang demonstrasi kena ISA

Tadi baca utusan... terbaca isu ni... DAP bagi analogi/persamaan demonstrasi HINDRAF bagi menegaskan perkara itu... Jadi sini saya senaraikan ke'SAMA'an yang dikatakan oleh parti roket ini.

Antara Hindraf dan Penang (mewakili orang yang terlibat demonstrasi hari tu)
1. Hindraf menuntut hak bagi bangsa India sementara Penang menuntut DEB yang terbukti membantu bumiputera bersaing dan juga memastikan bangsa lain terus mendapat faedah.

2. Hindraf hanya menuntu hak orang India yang dikatakan tiada (tapi ramai india didalam kerajaan dan ramai india jadi peguam... heran aku) sementara Penang menuntut DAP tidak menarik sesuatu yang sememangnya sudah ada

3. Hindraf mengatakan orang india ditindas (tapi kenapa ada orang india di universiti, di dalam sektor awam, dan jadi hakim... heran juga aku) sementara Penang menuntut DAP agar tidak melakukan sesuatu yang akan menindas orang melayu di situ

4. Hindraf kata ada berlaku pembersihan etnik (tapi kenapa masih ada kilang maruku milik india, peniaga india di sekitar jalan tun razak, dan sammy vellu jadi menteri selama berpuluh tahun... memang aku heran) sedangkan Penang menuntu DAP agar tidak melakukan sesuatu laksana penyisihan masyarakat melayu seperti di Singapura

5. Hindraf buat perhimpunan sehingga jadi kecoh dan banyak kerosakkan berlaku sedangkan Penang demonstrasi di komtar tanpa berlaku kerosakkan

6. Hindraf bising satu dunia hingga buat laporan palsu di PBB sehingga memalukan Malaysia serta menjatuhkan nama baik Malaysia, dan merugikan ekonomi Malaysia, sedangkan Penang hanya di Penang

So.. DAP... nak buat persamaan pun perhatikanlah dulu... jangan main terjah je...
Apa pun, kenyataan ini berdasarkan kenyataan DAP dalam Utusan...

1 comment:

Anonymous said...

hello,
selepas membaca komen anda, saya dapati anda tiada pengetahuan yang mendalam mengenai isu hindraf mahupun isu demo di pulau pinang. Banyak di antara komen persamaan antara hindraf dengan demo di P.P adalah berat sebelah. Lihatlah isu ini sebagai seorang warga malaysia dan bukanya sebagai seorang melayu.
Ya memang terdapat ramai peguam dan golongan terpelajar tetapi tahukah anda berapa ramai golongan India yang hidup tertindas? Berapa ramai india yang terjerumus dalam jenayah ekoran daripada isu kemiskinan? Buktinya ada dengan penerokaan estet-estet kepada pembangunan moden menyebabkan ramai orang india sudah tertindas . Buka mata anda lihat bahagin lain juga.
Anda juga berkata Hindraf memecahkan barang dan mengotorkan serta menjejaskan ekonomi? Apa kebenaran yang anda sudah tahu? Adakah anda tahu berapa kali Hindraf hantar memorandum kepada PM ? Sudah beratus kali tetapi PM berdiam. Jalan terakhir ialah demo. Tetapi yang mengotorkan , membinasakan barang ialah polis dan bukanya Hindraf. Penggunaan air , air tosik serta pukulan yang menyebabkan huru hara dan bukanya Hindraf.
Bayangkan jika polis bertindak seperti itu pada demo di P.Pinang, adakah demo itu akan bersih, tidak memecahkan barang dan tidak memalukan negara?
Apa sebenarnya telah berlaku kepada orang India? Tahukah anda? Cuba selami kebenaran sebelum menuduh melulu. Jika anda ditindas begini, pastinya anda tidak akan bersabar seperti HINDRAF, anda pasti telah lebih awal lagi memprotes.
Berfikirlah seperti bangsa malaysia dan bukanya merujuk sebagai satu kaum. Sudah terbukti anda tiada semangat perpaduan. Anda hanya ada semangat perkauman. Perbaiki diri anda dulu sebelum mengata orang lain.