A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, March 27, 2008

Paku dulang paku serpih

Sebenarnya saya berbelah bagi apabila kerajaan Kedah beri tiket percuma pada peminat bola untuk melihat perlawanan bolasepak antara Kedah dan Perak... Berbelah bagi antara seronok dan juga tertipu.

Seronok... sebab setelah penat melihat di TV, serta pergi stadium (habis duit beli tiket dan duit minyak serta parking) dapat masuk percuma dan saksikan perlawanan yang dikira bagus kerana di persembahkan dengan 6 jaringan gol.

Tertipu... kerana ini adalah sumbangan kerajaan yang selalu mencanangkan betapa BN selalu membazir dan juga mewar-warkan betapa ia akan jadi kerajaan yang berjimat cermat. Tapi perkara pertama yang dilakukan ialah memberi tiket percuma yang dilihat sebagai pembaziran. Andai duit itu digunakan untuk membesarkan stadium serta duit tiket tu diberi sedekah kepada yang lebih memerlukan, lagi bagus. Kelantan yang dipimpin oleh PAS bertahun-tahun pun tak bagi tiket percuma tapi alih-alih baru berkuasa bagi tiket percuma. Itu tak campur nak bayar levi lagi.

Paku dulang paku serpih... sendiri mau ingat... Dalam bersyukur jangan lupa pada Allah...

No comments: