Isu ini telah diwar-warkan oleh parti Gerakan dan PPP. Malah berulang kali mereka ini meminta penggabungan. Dan berulang kali jua hanya UMNO bersuara mengatakan tidak.
Bagi saya yang hanya minum kopi di warung dan sesekali melihat lampiran-lampiran pelbagai akhbar, perkara ini tidak perlu dilaungkan langsung. Alasannya kerana inginkan kesama-rataan (seperti laungan DAP).
Perkara itu sebenarnya tidak mustahil, seperti di US (hanya republikan atau demokrat), boleh jua berlaku di malaysia dimana BN ialah satu parti (dan bukan cantuman parti-parti lain). Namun untuk menuju ke usaha itu, Gerakan dan PPP perlu terlebih dahulu bersatu dengan parti asal mereka sebelum berpecah, yakni MCA dan MIC. Parti yang mewakili penduduk India perlu bersatu. Parti yang mewakili penduduk Cina perlu bersatu. Barulah boleh diutarakan penyatuan parti-parti lain menjadi satu.
Selagi mana parti-parti tersebut masih berpecah, maka tak perlu bersuara mengenai penyatuan dalam BN kerana andai sesama bangsa masih berpecah parti, apatah lagi berlainan bangsa. Takut niat yang baik akhirnya padah jua yang menimpa.
Fikir-fikirkan, renung-renungkan.... buat masa ini, yang paling baik ialah memperkasakan kembali parti masing-masing dan meningkatkan kepercayaan rakyat pada parti.

No comments:
Post a Comment