Oleh Razak Ghows
bhnews@bharian.com.my
2011/11/09
Sikap tak hormati kepercayaan agama, sensitiviti kaum boleh gugat keharmonian negaraRATA-RATA orang Melayu di negara ini berasa kian tercabar. Bukan saja hak Melayu dipertikaikan golongan tertentu, amalan agama pun mula dicampuri pihak lain.
Sejak merdeka lagi kita sudah menyaksikan pelbagai kaum mengamalkan
adat dan agama masing-masing dan hidup harmoni dan aman. kepelbagaian
inilah yang mencorakkan kehidupan majmuk di negara ini. Ia menjadi
inti pati yang sepatutnya dihormati semua pihak.
Ibadah korban bukan amalan yang baru dilaksanakan, ia juga bukan adat
atau budaya. Ia adalah perintah diturunkan Allah SWT ke atas umatnya
mengambil sempena peristiwa Korban oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail
AS.Selepas itu timbul pula kenyataan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) mengenai ibadah korban yang dilaksanakan umat Islam pada Aidiladha. Mereka mahukan umat Islam tidak meneruskan amalan korban di kawasan terbuka.
Dalam hubungan ini, kita hairan kenapa PAS tidak mengeluarkan kenyataan bagi membantah tindakan pihak tertentu itu berhubung amalan korban di negara ini. Sebagai anggota pakatan pembangkang, PAS diharap memainkan peranan menasihati rakan politiknya agar tidak mudah memberi pandangan mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Persoalannya, kenapa tatkala kita tidak pernah mempertikaikan cara mereka m elakukan ibadah, mereka cuba mencampuri urusan ibadah orang Islam?
Selama ini ibadah korban sememangnya dilakukan di tempat dikhaskan, iaitu di pekarangan masjid atau di tanah lapang atau taman permainan di sebelah masjid.
Tidak pernah pula ibadah korban dilakukan di kompleks beli-belah atau tempat awam di mana terdapat ramai penganut agama lain, jadi tidak timbul soal ia dilakukan di tempat terbuka dalam erti kata dipamerkan kepada orang bukan Islam.
Biasanya hanya orang Islam saja hadir sama ada untuk membantu menyembelih dan melapah atau menyaksikan korban yang dilakukan itu. Islam tidak harus dipersalahkan jika secara kebetulan ada orang bukan Islam. Mereka mungkin berada di situ atas pilihan sendiri dan tiada sesiapa menjemput mereka berada pada majlis korban berkenaan.
Pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Bakar, berkata mana-mana pihak sekali pun tidak harus mempertikaikan ibadah korban itu kerana ia dilakukan mengikut syariat.
“Korban itu untuk orang Islam dan agama Islam mengingatkan kita supaya melakukan ibadah berkenaan,” katanya.
Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan mengutuk amalan itu dengan tujuan menghina.
Bagaimanapun, katanya, umat Islam diharamkan mempertikaikan cara orang lain beribadah, justeru tidak wajar bagi pihak lain mempersoalkan cara orang Islam.
Begitu juga apabila penganut agama Hindu meraikan Thaipusam dengan berarak melalui jalan raya utama di setiap bandar di negara ini dan masyarakat Cina merayakan pesta tanglung sementara penganut Taoisme merayakan pesta hantu. Pada perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali pula, mereka bermain mercun sehingga ke tengah malam.
Masyarakat Melayu bersikap toleran dan tidak mencampuri urusan ibadah mereka kerana memahami itu adat dan kepercayaan agama masing-masing.
Sejak merdeka lagi kita sudah menyaksikan pelbagai kaum mengamalkan adat dan agama masing-masing dan hidup dalam keadaan harmoni dan aman.
Kepelbagaian inilah mencorakkan kehidupan majmuk di negara ini. Ia menjadi inti pati yang sepatutnya dihormati semua pihak. Dalam masyarakat majmuk, agama lain perlu menghormati hak agama Islam seperti umat Islam juga kena menghormati hak dan kebebasan rakyat bukan Islam di negara ini.
Selain mempertikaikan amalan dalam agama Islam itu, pihak tertentu juga kini hebat mempertahankan perjuangan membela golongan homoseksual dan lesbian menerusi penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.
Sebelum ini terdapat banyak laporan mengenai usaha memurtadkan orang Islam. Pelbagai usaha dibuat mereka untuk mengancam dan mengganggu-gugat orang Melayu dan Islam di negara ini, yang mendorong kepada penganjuran Himpunan Sejuta Umat Islam yang mendesak kerajaan menggubal Akta Murtad dengan seberapa segera yang boleh.
Melihat perkembangan ini dan beberapa ancaman lain terhadap umat Islam akhir-akhir ini, kerajaan tidak boleh terus mendiamkan diri. Kerajaan selaku pihak berkuasa harus mengambil tindakan menegur persatuan atau individu yang cuba mengancam keharmonian dinikmati rakyat selama ini.
Mereka tidak boleh dibiarkan mengeluarkan kenyataan sesuka hati tanpa teguran atau tindakan. Tanpa tindakan, ia boleh menimbulkan salah tanggapan apa saja boleh dilakukan atas nama kebebasan atau dasar liberal dan tentunya ia tidak sihat bagi keharmonian negara.
Artikel diatas diambil dari Laman Berita Harian
Pandangan pakcik:
Pakcik rasa sudah tiba masanya kita orang ISLAM bersatu. Janganlah perkara berkaitan ISLAM pun nak kena tengok dari sudut keuntungan politik. Sebab kita tak bersatu lah maka perkara sebegini berlaku kerana mereka tahu jika ada satu pihak menentang, pasti pihak satu lagi akan menyokong mereka. Tapi jika kita bersatu, pastinya hendak bersuara pun mereka berfikir berulang kali.
Sekadar pandangan pakcik
No comments:
Post a Comment