A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, May 13, 2009

Mat Rempit - Cadangan buat kerajaan

Mat rempit, isu yang sentiasa sahaja panas bagaikan aksi panas mereka di jalan-raya tanpa mengenal erti takut dan bersalah. Isu yang berlanjutan sejak saya mengenali bangku sekolah hingga kini. Isu yang bermula dengan sekadar suka-suka di jalan-jalan lengang di kampung dan tepi bandar dan kini boleh disaksikan diseluruh pelusuk dunia. Isu yang hanya membabitkan malaysia memandangkan di negara lain, mereka merempit menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Isu yang dipopularkan lagi oleh pengarah-pengarah filem kita yang kononnya untuk memperlihatkan isu tak bermoral ini agar pihak berkaitan membuka mata dan dalam masa yang sama tidak sedari bahawa pihak berkaitan sudah lama buka mata dan filem tersebut hanya menambahkan lagi golongan mat rempit menaikkan semangat juang mereka untuk terus memperjuangkan institusi merempit.

Apakah punca masalah ini yang kini ditahap membimbangkan dan layak dikategorikan sebagai membahayakan negara dimasa akan datang. Apakah jalan penyelesaian terbaik pada masalah ini?

Punca:
1. Si perempit - Mereka ini kebanyakkannya datang dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan berkeluarga ramai. Lalu atas sebab bodoh ini, mengambil jalan mudah dengan melakukan aksi bangang untuk melupakan keributan dirumah dan bergembira sebelum ajal menimpa. Mereka ini diberi akal yang tidak digunakan dengan betul serta mempunyai semangat juang yang digunakan dengan cara salah.

2. Ibu-bapa - Memandangkan mereka ini merupakan golongan susah, maka bekerja lebih masa adalah pilihan utama berbanding membesarkan anak-anak. Malah mereka lupa mendidik anak mereka dan ada yang marahkan masyarakat yang menegur anak mereka. Ada yang terlebih manjakan anak-anak. Lihat sahaja di kawasan ramai melayu, kita boleh lihat anak-anak seusia 8-10 tahun sudah membawa motosikal ibu-bapanya. Di mana peranan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak agar memahami undang-undang serta bahaya? Pergilah dikawasan yang majoritinya melayu, situasi ini boleh dilihat dengan jelas setiap hari. Dimana peranan masyarakat dan pihak berwajib? Kenapa ibu-bapa ini tidak kisah? Adakah duit lebih penting? Andai duit menjadi persoalan kerana anak, kenapa mempunyai anak? Malah ada keluarga miskin (selalu dipaparkan dalam bersamamu tv3) yang sudah tahu tidak berkemampuan, tetapi mempunyai anak yang ramai. Kenapa tidak diikat rahim itu atau dikawal agar anak tidak ramai dan senang diuruskan mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu?

3. Masyarakat - Masyarakat sekarang juga seperti mengizinkan perkara ini berlaku. Ini tidak dinafikan memandangkan ibu-bapa akan bertindak balas menyalahi jiran yang menyibuk walaupun sebenarnya anak dia bersalah. Ada juga masyarakat yang tidak ambil peduli selagi mana ia tidak mendatangkan kesan pada diri dan keluarganya. Boleh juga diperhatikan dikawasan yang majoritinya orang melayu.

4. NGO - SUHAKAM... memperjuangkan hak asasi manusia sehinggakan hak asasi pesalah, perempit, dan penjahat juga diperjuangkan atas nama mereka ini juga manusia. Apabila ditangkap, mereka ini tidak akan berkongsi maklumat kerana mereka tahu mereka tidak boleh dipengapakan oleh pihak berwajib kerana dipantau oleh pihak hak asasi manusia ini. Maka, mereka ini kemudian dibebaskan untuk terus bermaharajalela kerana hak asasi mereka. NGO lain juga tidak bersatu dalam hal ini. Malah ada yang hanya tahu menunding jari sahaja.

5. Pihak Berwajib - Mungkin kerana halangan suhakam ataupun ibu bapa perempit maka pihak ini bagaikan digari dari melaksanakan tugas sebaik mungkin. Namun begitu, boleh juga kita perhatikan ada pihak berwajib lebih banyak menghabiskan masa di warung kopi dan restoran berbanding dengan menghabiskan masa membuat rondaan dikawasan sepatutnya. Ada juga yang terlalu muda dan ampuh untuk melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan disiplin yang tinggi.

6. Kerajaan - Kerajaan masih lagi tidak mengeluarkan akta mahupun meluluskan rang undang-undang untuk membendung gejala ini. Sudah banyak kajian dan cadangan diutarakan, namun sehingga kini, pelbagai alasan digunakan untuk menangguh pelaksaannya. Mungkin juga untuk melindungi peniaga motosikal dan aksesori motosikal kerana mat-mat rempit ini akan selalu modifikasi motosikal mereka atau membeli baru, maka selalu sahaja kerajaan tangguh apa jua cadangan. Malah ada kalangan menteri dan pihak berkaitan mengeluarkan idea-idea yang bagi saya hanya layak diutarakan oleh budak hingusan yang tidak berpandangan jauh.

Jadi, apakah penyelesaiannya?
Cadangan untuk pertimbangan:
1. Setiap pesalah mat-rempit ini hendaklah dibuang daerah (nak masuk penjara nanti rugi duit rakyat bagi makan orang tak kenang budi ini), contohnya orang utara dibuang keselatan atau ke sabah sarawak, orang selatan dibuang ke pantai timur atau utara. Setiap mereka akan ditanam satu cip yang perlu di'scan' di balai polis terdekat setiap hari bagi memastikan dia tidak lari pulang. Cip itu akan mengandungi GPS locator yang memberi isyarat pada polis kedudukan mat rempit. Mereka ini hanya dibenarkan pulang setelah selepas beberapa tahun, tidak menimbulkan masalah dikawasan yang dibuang itu.

2. Andai kata mereka ini dibawah umur 15 tahun, maka mereka akan dihantar ke pondok-pondok pesantren diluar kawasan (bagai membuang daerah juga) dan diperhatikan oleh guru-guru mengajar agar jiwa mereka dibersihkan. Menghantar mereka di sekolah jevenil tidak mampu membaiki jiwa mereka yang telah rosak. Selain itu, bagi yang dibawah umur juga, ibu-bapa juga perlu ditarbiah dan didenda kerana cuai (andai mereka katakan tidak tahu anak mengambil kunci motosikal) dalam penjagaan dan juga gagal dalam mendidik anak-anak kerana gilakan harta dunia. Bagi kesalahan pertama, penjara sehari memadai untuk mengingatkan mereka agar lebih prihatin dengan anak-anak. Andai diulang, maka ditukar menjadi seminggu, dan seterusnya. Mengapa saya pinta ibu-bapa juga dihukum? Saya pernah saksikan seorang ibu datang meminta polis melepaskan anaknya yang ditangkap kerana merempit dengan alasan budak itulah tempat dia berharap menjaga anaknya yang lain tika dikeluar bekerja. Budak itu dilepaskan bersyarat. Namun, dia ulangi aktiviti merempitnya malah lebih teruk apabila berani melanggar polis. Dan ibunya sekali lagi merayu dengan alasan yang sama. Sampai bila ini akan berakhir jika kita tidak berkeras melaksanakan tugas dan ibu itu tidak berjaya didik dan budak itu tidak pernah insaf kerana dia tahu dia akan dibela oleh ibunya?

3. Setiap mat rempit juga akan dihukum sebatan sekali dikhalayak umum. Mungkin dari segi hak asasi ia agak keterlaluan. Tapi jika mereka ini yang suka membantah ada idea yang lagi baik yang dapat menghapuskan gejala ini dipersilakan dan saya yakin hingga kini hanya kajian dan bangkangan sahaja yang ada tetapi belum ada idea yang mampu menghapuskan gejala ini. Apabila mereka ini disebat walau sekali dikhalayak umum, ia akan sekaligus memalukan mereka dan menginsafkan mereka. Siapa yang ingin dimalukan apatah lagi disebat didepan orang ramai? Tiada yang inginkan? Maka atas sebab ini, maka mereka ini tidak akan berani merempit lagi.

4. Apabila motosikal itu dirampas dan dibuktikan dimahkamah bahawasanya motosikal itu telah diubah suai atau digunakan untuk merempit maka motosikal itu sepatutnya di hancurkan. Malah lebih bagus disarankan agar si mat rempit yang menunggang motosikal itu menghancurkannya dikhalayak umum. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada mental si mat rempit dan yang menyaksikannya betapa mereka ini akan kerugian andai merempit lagi. Ada yang kata idea ini tidak praktikal kerana menggalakkan kes curi motosikal. Pada yang punya motosikal, sediakan kunci yang betul dan rantaikanlah motosikal anda. Andai mereka ini ditangkap ketika mencuri, maka hukuman yang lebih berat patut dikenakan melebihi hukuman sebelumnya.

5. Andai mat rempit itu tidak mempunyai lesen maka dia dikenakan denda sebanyak kos mengambil lesen dan berganda setiap kali dia ditangkap. Ini bukan sahaja menambah tabung kerajaan untuk membiaya anggota polis yang kemalangan ketika menjalankan tugas membendung gejala ini malah menggalakkan mereka itu mengambil lesen yang sah. Lesen L tidak dianggap lesen yang SAH.

6. Andai motosikal tersebut tidak mempunyai insuran dan road-tax, maka ia akan ditahan selama 3 bulan walaupun insuran dan road tax diperolehi kemudian sebagai pengajaran pada pemiliknya.

7. Andai mereka itu ditangkap ketika menyaksikan perlumbaan haram, maka mereka ini sepatutnya dikerahkan melakukan kerja-kerja amal (seperti mengutip sampah dijalan-raya dan dikawasan taman yang diselengara oleh pihak PBT) selama 100jam. Andai gagal, mereka akan dipenjarakan selama seminggu untuk setiap jam yang gagal dihadiri tanpa alasan yang munasabah dan bukti yang sahih. Dengan ini, tiada orang yang ingin saksikan perlumbaan haram ini sekali gus menamatkan riwayat mat rempit.

8. SUHAKAM sepatutnya tidak mempersoalkan bagaimana polis melayan mat rempit ini memandangkan mereka ini tidak pernah menghiraukan keselamatan orang ramai ketika merempit malah ada yang sanggup merempuh polis. Apakah orang ini mempunyai hak asasi andai hak asasi orang lain diabaikan? Jika diikut definisi barat maka sampai bila-bila pun tak akan selesai isu ini. Lihatlah negara barat yang memperjuangkan hak asasi. Mereka juga mengalami keruntuhan akhlak yang teruk. Apakah kita ingin masyarakat kita jadi begitu?

9. Melaksanakan perintah berkurung pada remaja yang berumur 17 tahun kebawah. Mereka ini tidak boleh keluar rumah lebih dari pukul 10malam kecuali bersama penjaga yang disahkan ataupun ibu-bapa mereka.

10. Penambahbaikan dalam sistem JPJ dalam memperolehi lesen. Setiap orang yang ingin memohon lesen B2 (jarang pemilik lesen B merempit) sepatutnya menjalani beberapa ujian tambahan seperti ujian air kencing bagi mengesan kehadiran dadah dan sebagainya serta menjalani ujian psikologi dan mental bagi memastikan dia tidak akan menyalahi penggunaan lesennya untuk merempit (ujian ini patut disertakan dengan ujian mengesan tipu)

11. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang secepat mungkin tanpa penangguhan lagi. Janganlah asyik buat kajian je tanpa 'outcome' yang berbaloi.

No comments: