Rebat tol 20% yg diumumkan kerajaan bebaru ini sebagai menzahirkan semangat 1 malaysia sememangnya satu pengumuman yang baik terutama bagi rakyat yang kerap berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama.
Namun... gembira rakyat diakhiri dengan keluhan betapa ia hanya satu sandiwara sahaja. Manakan tidak, untuk mendapat rebat 20%, rakyat terpaksa menggunakan tol sebanyak 80 kali sebulan. Bagi rakyat sederhana, mereka hanya menggunakan tol paling maksimum ialah 60 kali (30 hari bekerja X 2 kali utk perjalanan pergi dan balik kerja). Maka, adakah ini sesuatu hadiah yang berguna pada rakyat?
Rebat yang diumumkan kerajaan ini samalah rebat yang plus sedang promote; jika pengguna menggunakan plusmiles, pengguna akan menikmati rebat 10% jika penggunaan melebihi RM200 sebulan. Lihat pada promosi, memang bagus. Tapi hakikat sebenar, berapa ramai sangat rakyat yang jumlah bayaran tolnya melebih RM200? Selain itu, bukan semua tol boleh pakai rebat plusmiles ni.
Maka, setelah diperhatikan sebenar-benarnya, rebat ini hanya untuk membantu golongan kaya agar lebih kaya (sebab boleh berjimat dengan rebat) dan rakyat biasa akan terus kekal merana sebab tak boleh nikmati rebat.
Kalau betul kerajaan serius nak membantu rakyat biasa dan berpendapatan sederhana, sepatutnya kerajaan bagi rebat mengikut kadar pendapatan dan jumlah tanggungan serta kekerapan menggunakan tol. Misalnya, jika rakyat itu tinggal di rawang dan bekerja di kuala lumpur, sudahlah jarak perjalannya agak jauh, maka amatlah wajar bayaran tolnya diringkankan sedikit. Dan kebanyakkan yang tinggal di rawang ialah rakyat yang berpendapatan sederhana.
Harap kerajaan akan mengkaji semula pemberian rebat ini agar boleh dinikmati oleh semua pihak

No comments:
Post a Comment