A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, October 14, 2010

Cadangan buat JPA, POLIS, BOMBA, dan Ambulan, dll

Andai berlaku lagi, hantarlah unit motosikal terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya unit ini boleh tiba dan bantu mengurangkan derita serta boleh membantu menyuraikan traffik segera. Pihak PLUS pula, setelah dimaklumkan sebegitu sepatutnya terus menutup laluan masuk (tutup tol) dan buat lencongan terus dan segera. Paling penting, unit motosikal mesti ada dan tiba secepat mungkin yang boleh bagi menyelesaikan apa yang mampu ketika itu.
Pihak polis, diharap selepas ini akan menggunakan kuasa untuk mengarahkan penonton dan tukang ambil gambar tanpa lesen @ penyibuk segera berambus agar pihak berkenaan dapat melaksanakan tugas tanpa gangguan.

Lorong kecemasan disalah guna

Saban tahun kemalangan berlaku dan pelbagai usaha dijalankan oleh pihak yang berkaitan untuk menyedarkan pengguna tentang keselamatan di jalan raya, tetapi nampaknya ia masih lagi gagal dicapai.

Terdapat rasa tidak puas hati daripada pihak waris mangsa yang mendakwa bantuan lewat tiba pada masa kejadian. Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi? Sememangnya diakui dengan kesesakan lalu lintas semasa kejadian sepanjang hampir 15 km, bagaimana bantuan boleh sampai dengan segera?

Sudah menjadi tabiat semua pemandu di Malaysia yang suka menggunakan laluan lorong kecemasan semasa berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan inilah puncanya mengapa bantuan lewat sampai kepada mangsa kemalangan.

Bagaimana ambulans, pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam dapat sampai ke lokasi jika laluan kecemasan pun penuh dengan kenderaan?

Sepatutnya laluan kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati. Ramai pemandu menggunakan laluan kecemasan apabila menghadapi kesesakan di lebuh raya.

Sepatutnya lorong kecemasan adalah untuk dilalui oleh pasukan petugas dan penyelamat jika berlaku sesuatu kemalangan dan mengakibatkan kesesakan. Inilah gunanya laluan atau lorong kecemasan.

Sepatutnya pihak berkuasa lebih tegas dalam melihat hal ini. Mungkin ia dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tapi cuba bayangkan bagaimana jika berlaku kebakaran dalam bas dan ramai yang masih terperangkap di dalamnya dan bantuan bomba tidak dapat sampai ke lokasi kerana kesesakan lalu lintas dan lorong kecemasan digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh segelintir pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri?

Tindakan perlu dilakukan oleh pihak berwajib. Pemantauan yang berterusan dan saman yang maksimum perlu diberikan untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah di jalan raya.


Utusan Malaysia Online - Forum

No comments: