Kajian olah Pakatan Rakyat mengatakan bahawa sokongan kaum india dan cina pada pakatan rakyat adalah ditahap tertinggi ketika ini terutamanya sokongan pada DAP dan PKR. MIC menang di hulu selangor baru-baru ini bukan kerana sokongan kaum india meningkat, tetapi kerana sokongan kaum melayu kembali pada UMNO (walaupun tidak banyak). MCA & MIC lupa bahawa bumiputera bukan MELAYU 100%, tetapi juga CINA SARAWAK, CINA SABAH, IBAN, BIDAYUH, KADAZAN, dll yang tidak tergolong dalam kaum cina dan india. Oleh itu perlembagaan itu juga adil pada mereka. Jadi kenapa tidak henti-henti meminta? Tiada sebab lain yang lebih bernas melainkan mereka sedar bahawasanya MCA & MIC sudah tidak mampu memenangi hati kaum cina dan india. Dan juga MCA & MIC perlu ingat, tiada tempat yang mereka wakili tidak dihuni oleh bumiputera, hatta sungai siput sekali pun tetap ada bumiputera.
Perkasa selar Soi Lek pertikai ekuiti bumiputera
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Per tubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terus menuntut supaya ekuiti bumiputera 30 peratus dikurangkan kerana ia amat bertentangan de ngan Perlembagaan.
Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, berdasarkan Perka ra 153 Perlembagaan Perse kutuan, setiap orang Melayu, penduduk pribumi termasuk pen duduk bumiputera Sabah dan Sa- rawak telah diberi hak istimewa me- ngikut peruntukan perundangan.
Justeru, beliau berkata, pendirian Soi Lek itu jelas membuktikan bahawa Presiden MCA tersebut mahu melakukan penentangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan berniat untuk memindanya.
"Apabila Soi Lek menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus da lam semua sektor ekonomi dikurang kan secara berperingkat-peringkat, ia menunjukkan beliau mahu menen tang Perlembagaan Persekutuan.
"Dengan kata lain, Soi Lek mahu mencabul Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153, jika ini berlaku beliau sebenarnya cuba mencabul kedudukan raja-raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong kerana institusi ini yang menjaga semua kepentingan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Soi Lek selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ahad lalu te rus mengulangi gesaannya supaya ke rajaan mengkaji semula ekuiti bu- miputera sebanyak 30 peratus.
Soi Lek berkata, ia selaras dengan program transfor masi ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan kerajaan pada masa ini yang bermatlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Kenyataannya itu mengundang rasa kurang senang ke pada pemimpin pertubuhan Melayu antaranya UMNO dan Pertubuhan Kesejahteraan Um mah.
Mereka menegaskan, ekuiti bumi putera sebanyak 30 peratus tidak per lu disemak dan dipersoalkan, seba liknya tumpuan harus diberi ke arah mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum.
Abdul Rahman berkata, sejarah juga membuktikan sebarang pencabulan terhadap kontrak sosial seperti termaktub dalam Perlembagaan akan membawa ketidakstabilan kepada negara.
"Inilah punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Oleh itu, Perkasa mendesak kerajaan mengambil tinda kan tegas terhadap mereka yang cuba menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menentang Perlembagaan di kenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.
Dalam kenyataannya beliau turut menarik perhatian mengenai angka penguasaan ekuiti antara golongan bumiputera dengan bukan bumipu tera.
Beliau berkata, apa yang pasti ma salah ketidaksamaan sosioekonomi di negara ini masih berterusan dan berikut adalah kedudukannya:
* Bumiputera - pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 19.4 peratus, hak milik premis 15 peratus dan pendapatan purata RM3,158.
* Bumiputera Sabah dan Sarawak - pemilikan ekuiti dalam sektor ko rporat tiga peratus dan pendapatan purata RM2,063-RM2,858.
* India - pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 1.1 peratus, hak milik premis 3.8 peratus dan pendapatan purata RM3,799.
*Kaum Cina - pemilikan ekuiti da lam sektor korporat 42.4 peratus, hak milik premis 76.1 peratus dan pen dapatan purata RM4,853.
Berdasarkan kedudukan tersebut, Abdul Rahman berkata, kerajaan se patutnya memastikan keadilan sosial lebih terlaksana dengan mengagih kan kekayaan mengikut komposisi penduduk iaitu 67 peratus bagi bu miputera dan selebihnya bukan bu miputera.
Katanya, usaha itu selaras Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyebut sekiranya di dalam sesebuah negara masih wujud kumpulan majoriti ketinggalan ma ka kepentingan mereka perlu dija dikan agenda nasional.
Mengenai resolusi yang diputus kan dalam Kongres Ekonomi Cina baru-baru ini, beliau menegaskan, Barisan Nasional serta UMNO akan kehilangan sokongan orang Melayu jika kerajaan menerima salah satu daripada resolusi tersebut.
No comments:
Post a Comment