A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, October 27, 2010

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SEJAK kelmarin, Awang meneliti kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Ia terbuka, melaporkan banyak perkara berkaitan tanggung jawab pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuklah dalam melaksanakan urusan dengan sempurna serta yang perlu diperbetulkan.

Kekurangan dan kelemahan pengurusan ditonjolkan. Pelaksanaan projek tertentu yang melepasi tempoh diberikan dan kelemahan dalam proses penyaluran wang bantuan daripada dana tertentu kepada pelajar miskin sehinggalah peralatan sukan yang tidak digunakan langsung atau secara optimum turut didedahkan.

Dalam pada itu, kerja cekap oleh jabatan atau agensi tertentu dalam pengurusan kewangan, sebagai contoh, tidak lupa dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.

Namun, apa yang lebih menarik, laporan kali ini turut menyertakan jawapan lengkap kepada masalah yang dibangkitkan.

Syor dibuat bagi mengatasi apa juga kelemahan yang dikenal pasti seperti mencadangkan surcaj atau tindakan tatatertib diambil ke atas mereka yang gagal memungut hasil atau membuat bayaran secara tidak teratur.


Semalam saya baca juga kisah audit negara melalui akhbar The Sun... Lebih RM500 Juta duit rakya dibazirkan oleh beberapa kementerian dan agensi dibawahnya untuk projek yang dilaksanakan sama ada gagal, tidak menepati sasaran, dibawah kualiti ditetapkan, atau hilang tanpa khabar berita. Inilah yang membangkitkan kemarahan rakyat. RM500 juta itu, andai diberi terus pada setiap fakir miskin, pasti tidak perlu lagi siri Bersamamu TV3.

Antara paparan yang masih saya terbayang ialah pinjaman PTPTN yang diberi pada yang tidak meminta. Malah mereka ini mengambilnya dan akhirnya duit itu hilang begitu sahaja kerana tiada perjanjian bertulis yang membolehkan PTPTN mengambil kembali atau dibayar kembali. Bagaimana ini boleh terjadi? Bukankah semua itu memerlukan kelulusan dan permintaan? Siapa yang meluluskan? Kenapa tiada pemantauan dan pemeriksaan? Adakah ada kelemahan sistem? Yang pasti, PTPTN perlu disiasat.

Paparan lain ialah berkenaan beberapa agensi yang melakukan aktivit tidak perlu serta berbelanja melebihi had dan kemampuan. Saya mengakui akan kebenaran ini kerana dapat dilihat pada beberapa agensi dengan jelas betapa mereka ini rakus berbelanja disaat kerajaan perlu berjimat. Adakah perlu peruntukan hingga berjuta hanya kerana untuk lawatan dan promosi? Adakah perlu berjuta ringgit hanya untuk menghantar 2 - 3 orang ke luar negara untuk promosi dan lawatan? Adakah perlu diadakan pengubah-suai setiap beberapa bulan sekali?

Dan paling menarik, jika tinjau dari perbelanjaan agensi tersebut, kita dapat lihat betapa bezanya belian agensi dengan belian swasta atau orang biasa. Caj serta kos yang dikenakan adakalanya 2 - 3 kali ganda lebih mahal dari harga asal dan kualiti lebih rendah dari yang boleh didapati. Saya ingin mengambil contoh komputer. Jika di plaza lowyat ataupun melalui atas talian yang disediakan oleh Dell dan HP, harga sebuah komputer riba hanyalah 2 - 3 ribu sahaja. Tetapi apabila ia berada didalam tender kerajaan, pada spesifikasi yang sama, harganya antara 4 - 6 ribu ringgit. Adakah orang yang meluluskannya atau melakukan aktiviti tender in tidak memerhati dan memeriksa harga sebenar?

Inilah yang perlu kerajaan usaha perbaiki andai mahu terus berdiri di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

No comments: