A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, October 29, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Apa yang saya harapkan ialah pemantauan dan ketulusan dalam pelaksanaan pemberian komputer 1Malaysia pada rakyat miskin dan juga dana yang berjumlah bilion ringgit. Ini kerana pemantauan dan ketulusan adalah merupakan kelemahan utama kerajaan. Malah pada minggu lepas (atau awal minggu ini), sebuah akhbar memaparkan akan kerugian kerajaan yang mencapai RM500 juta kerana ketiadaan pemantauan dalam pelaksanaan, pemantauan yang lemah, dan pelbagai lagi sebab.

Pada saya, komputer riba ini tidak perlu diberi. Apa yang penting ialah infrastruktur pendidikan itu sendiri perlu dipertingkatkan. Bagaimana pelajar miskin ini ingin menggunakan komputer riba tersebut andai elektrik dirumah terpaksa dicatu, atau perbelanjaan harian dicatu, atau ketiadaan kabel internet atau internet tanpa wayar? Di Sungai Petani pun internet tanpa wayar tiada yang percuma, apatah lah di kampung dan di hulu dimana terdapatnya orang miskin. Bayangkan kos yang perlu untuk memastikan mereka ini dapat menggunakan komputer riba itu sepenuhnya.

Oleh itu, saya lebih gemar agar wang itu digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur sekolah, membina pusat komputer yang boleh menampung pelajar tersebut dan sekali gus dapat memastikan penggunaan komputer dengan selamat, dan sepenuhnya. Kos juga akan hanya berada pada pihak sekolah dan kementerian pendidikan dan bukan terpaksa ditanggung oleh pelajar miskin itu (untuk kos elektrik dan internet). Malah meletakkan penggunaan komputer hanya disekolah dan memastikan pemantauan dapat dilaksanakan dan pelajar menggunakannya untuk keperluan pembelajaran sahaja.

Maka, Tan Sri Muhyiddin Yassin, fikir-fikirkan semua itu terlebih dahulu.

No comments: