A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, October 27, 2010

Utusan Malaysia Online - Kota

Utusan Malaysia Online - Kota

Akses jalur lebar berkelajuan tinggi akhir 2012

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Lebih sejuta premis di negara ini akan mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang penghujung 2012.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, premis berkenaan termasuk rumah, pejabat, taman-taman industri, institusi pengajian tinggi (IPT) serta lapangan-lapangan terbang.

Katanya, pada masa ini, terdapat kira-kira 16 juta iaitu lebih daripada 55 peratus pengguna di negara ini menggunakan Internet secara harian... Utusan Malaysia Online - Kota



Betul ke? Yang pastinya bila ditanya pihak yang akan menyediakan perkhidmatan ini, jawapan yang diterima ialah tidak pasti kerana infrastruktur belum cukup mampu. Bayangkan di kawasan Rawang (Kawasan Emerald, Country Homes, Tasik Puteri) yang dihuni oleh rakyat berkemampuan pun sehingga penghujung tahun 2012 pun tidak berada didalam senarai pelaksanaan HSBB oleh TM. Mana mungkin sasaran yang di war-warkan boleh dicapai. Malah, kosnya juga lebih tinggi berbanding had kelajuan yang diberi jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain (jangan banding dengan negara seperti myanmar, kemboja, dan yang baru nak bangun). Fikir-fikirlah

No comments: