http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
Laporan berita diatas bukan sahaja memalukan orang selangor, malahan, keseluruhan umat ISLAM di malaysia. Tempat ibadah sepatutnya menjadi kawasan suci dimana penganut agama (dalam hal ini ialah ISLAM), bersama-sama beribadah kepada Allah tanpa mengira apa jua idealogi politik. Ia juga sepatutnya tempat untuk kita menimba ilmu, bermasyarakat, dan melakukan apa jua aktiviti dalam mencari keredhaan Illahi. Malangnya, kini, ia lebih kepada tempat untuk mengutuk, memaki hamun, serta menabur fitnah, mengumpat (hatta yang diperkatakan itu adalah benar kerana dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diumpat).
Namun, itu bukan persoalan utama. Persoalan sekarang ialah perlu atau tidak pentauliahan dari pihak tertentu untuk membolehkan seseorang itu memberi tazkirah. Ada satu hadith Nabi S.A.W yang bermaksud "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" (Riwayat Ahmad, Bukhari, dan Tarmidzi). Maka, berpegang kepada itu, maka kebanyakkan kita mengakui akan kebenaran beberapa orang ustaz yang menyakinkan kita akan keperluan untuk dia memberi tazkirah. Baru-baru ini seseorang menteri memberi teguran berkaitan perkara ini. Katanya "Jika seseorang itu tahu memandu lori, tapi tidak mempunyai lesen, adakah kita akan benarkan dia memandu lori". Maka dikaitkan dengan kebenaran tazkirah ini. Maka ramailah yg membantah dan mengatakan akan kekarutan menteri tersebut.
Saya dalam hal ini berpegang pada hadith nabi dan juga dalam masa yang sama hormati pandangan menteri tersebut. Dalam hal penyebaran ISLAM, saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz yang mengatakan bahawa penyampaian ilmu tidak memerlukan pentauliahan kerana itu merupakan kewajipan setiap umat ISLAM. Walau bagaimana pun, saya juga tidak menolak pandangan menteri tersebut kerana ada benarnya. Saya tidak akan jelaskan disini mengenai hadith nabi kerana itu bukan ilmu saya dan masih jauh lagi perjalanan dalam menjadi orang yang mahir mengenai hadith ini. Namun pandangan saya adalah berdasarkan kenyataan menteri tersebut.
Mengapa perlu pentauliahan:
1. Masih ingatkah kita pada Ayah Pin, Kahar, dan beberapa orang lagi yang menyebarkan ajaran sesat hingga ramai golongan professional juga terpengaruh. Maka pentauliahan amat diperlukan untuk memastikan perkara ini dapat dihapuskan atau dikawal.
2. Andaikata yang tiba itu ialah pelajar yang baru tamat dari maahad tahfiz atau al-azhar, apakah jaminan bahawa mereka itu akan menyampaikan sesuatu yang tidak melanggari syariat dan syarak? Apakah jaminan bahawa tidak akan ada penyebaran fahaman wahabi atau syiah atau qadiani atau fahaman lain yang telah difatwakan haram? Tidak ada cara lain melainkan dengan pentauliahan.
3. Bagaimana caranya untuk memastikan tenaga pengajar @ ustaz itu mahir dan berpengetahuan serta sekurang-kurangnya berilmu dalam bidang yang akan diajarnya? Jika seseorang itu ingin jadi guru, maka dia perlu jalani latihan perguruan. Jika seseorang itu ingin jadi Pensyarah, maka Sarjana dan Phd menjadi aras tanda, malah sebelum dilantik, mereka itu perlu menjalani beberapa sesi temuduga dan juga demonstrasi kemahiran. Bagaimana pula dengan ustaz? Oleh itu, pentauliahan itu perlu untuk memastikan yang jadi tenaga pengajar itu berilmu serta berkemampuan.
4. Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 1952 melalui peruntukan Seksyen 166 yang menyebut dengan jelas mengenai keperluan mendapatkan kebenaran bertulis dari kadhi jika mengajar agama Islam di Selangor (http://www.utusan.com.my/u tusan/info.asp?y=2011&dt=0 914&pub=Utusan_Malaysia&se c=Rencana&pg=re_01.htm)
Hakikatnya, kita memerlukan satu mekanisme dalam memastikan yang layak berupaya mendidik yang perlu. Dalam masa yang sama, pihak berkaitan juga perlu mengkaji sistem pentauliahan ini kerana adakalanya sistem ini lebih banyak mendatangkan bebanan dari kebaikan. Andai perlu, laksanakan latihan persijilan atau sekurang-kurangnya lantik yang berilmu seperti Hassan Ali, Harun Taib, Jamil Khir, Harun Din, Hassan Din, Harussani, dll untuk menjalankan sesi temuduga serta bimbingan ke arah melahirkan ustaz yang bertauliah, berilmu, dan berkemampuan.
Sekadar pandangan peribadi.

4. Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 1952 melalui peruntukan Seksyen 166 yang menyebut dengan jelas mengenai keperluan mendapatkan kebenaran bertulis dari kadhi jika mengajar agama Islam di Selangor (http://www.utusan.com.my/u
Hakikatnya, kita memerlukan satu mekanisme dalam memastikan yang layak berupaya mendidik yang perlu. Dalam masa yang sama, pihak berkaitan juga perlu mengkaji sistem pentauliahan ini kerana adakalanya sistem ini lebih banyak mendatangkan bebanan dari kebaikan. Andai perlu, laksanakan latihan persijilan atau sekurang-kurangnya lantik yang berilmu seperti Hassan Ali, Harun Taib, Jamil Khir, Harun Din, Hassan Din, Harussani, dll untuk menjalankan sesi temuduga serta bimbingan ke arah melahirkan ustaz yang bertauliah, berilmu, dan berkemampuan.
Sekadar pandangan peribadi.
No comments:
Post a Comment