Sebentar tadi, ketika menanti azan subuh berkumandang, menonton siri Lau Kana Bainana di TV Al-Hijrah.. ada petikan yang menarik yang ingin pakcik kongsi bersama. "Untuk ubah masyarakat, kita perlu mulakan dengan diri kita dan yang terdekat dengan kita."
Di dalam menerangkan akan petikan tersebut, penyampai telah membawa beberapa hadith:
1. Ketika selesai umrah (ketika berlakunya perjanjian hudaibiyah), Rasul S.A.W telah memerintahkan para sahabat bangun dan menyembelihkan haiwan ternakan serta mencukur rambut, namun tiada seorang pun sahabat nabi melakukannya. Diulanginya sebanyak 3 kali dan hasilnya tetap serupa. Lantas Rasul S.A.W kembali dengan perasaan kecewa dan berbicara dengan isterinya Ummul Salamah. Ummul Salamah telah menasihatkan Rasul S.A.W untuk keluar dan melakukannya (sembelih haiwan dan bercukur) dahulu tanpa berbicara dengan sesiapa. Lantas Rasul S.A.W melakukan sepertimana disarankan oleh isterinya. Selepas itu, maka para sahabat pun turut melakukannya.
2. Ketika seseorang bertemu dengan Rasul S.A.W mengenai hukum hudud (potong tangan kerana mencuri) dan memohon diringankan, maka Rasul S.A.W berkata "Demi Allah, jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan ku potong tangannya." - riwayat Aishah r.a.
Pengajaran:
1. Rasul S.A.W, walaupun seorang Rasul, pemimpin, dan ketua tetap menerima nasihat dan pandangan hatta dari isteri baginda S.A.W sendiri. Apatah lagi kita yang merupakan insan yang banyak kekurangannya.
2. Untuk melihat perubahan pada masyarakat, kita perlulah mulakan dari diri kita sendiri. Namun begitu, kita lihat dikeliling kita masih ramai yang berkehendak pada perubahan masyarakat terutamanya kerajaan, tetapi tiada perubahan dilaksanakan pada diri dan keluarga terlebih dahulu. Dalam hal ini, pakcik ingin membawa beberapa perkara berkaitan:
- BERSIH - umum tahu apa jua tuntutan oleh NGO yang bersuara didalam BERSIH ini. Namun dalam masa yang sama, kita dapat perhatikan beberapa orang yang bersuara akan keBERSIHan ini juga tidak bersih. Contoh terdekat ialah PEROKOK. Apakah keBERSIHan yang diinginkan jika mereka ini saban hari mengotorkan udara, kawasan sekeliling dan tubuh badan diri dan masyarakat? Ini merupakan satu contoh ketara. Bagaimana pula dengan hati dan perasaan yang sentiasa kotor dengan hasad dengki, amarah, berprasangka buruk?
- Pembaziran - Kita sedih melihat masyakat dunia kebuluran dan serba kekurangan, namun dalam masa yang sama pakcik lihat ramai yang masih lagi mengamalkan pembaziran. Makanan berlebihan, MERCUN dibeli tanpa rasa sedih akan kebakaran duit sekelip mata dan beraya sakan tanpa melihat kemampuan diri hingga sanggup berhutang.
- Pendidikan - Apakah didikan yang ingin kita lihat jika diri sendiri gagal mendidik anak-anak kita. Teguran jiran/cikgu pada anak kita dianggap satu kesalahan sedangkan kita lupa pada hakikatnya bahawa anak-anak kita tidak semestinya benar. Malah kita didik akan kebersihan atau sikap yang baik pada anak-anak tetapi dalam masa yang sama kita memotong 'Q', bawa kereta macam syaitan, buang sampah dari kereta, memaki hamun orang yang menegur anak kita dan pelbagai sikap buruk yang kita tonjolkan tanpa segan silu sekaligus berlawanan dengan ajaran yang kita berikan pada anak-anak.
Ada banyak lagi yang ingin pakcik tuliskan mengenai sikap kita yang ingin pada kebaikan tetapi dalam masa yang sama terlupa memulakkannya dari diri kita sendiri sedangkan itulah contoh yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W.
Pakcik ingin mengambil kesempatan ini untuk sarankan pada sahabat dan saudara semua serta pada diri pakcik sendiri untuk memulakkannya dengan diri sendiri sebelum kita menyarankan pada masyarakat sekeliling.
Yang masih belajar...

No comments:
Post a Comment