A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, March 27, 2010

Pakatan Bebas... tahniah

Tahniah kerana berani mencabar dua pakatan lain (BN dan pakatan anwar) dan mengeluarkan anda semua dari lembah keburukan pada lembah kebaikan dan berani menegakkan kebenaran seperti mana dilaungkan oleh ustaz-ustaz (kononnya) dan org yang kononya menegakkan kebenaran di pakatan anwar tetapi akhirnya diri sendiri pengecut. Aku nak tunggu Dr Hassan dan beberapa orang lain untuk join korang... sebab dah terbukti PAS ke PKR ke... sama je.. sandiwara semasa.. takut pada DAP.
Orang dok canang yg Guang Eng tu ikut cara Khalifah Omar... dan beberapa orang DAP dok bagi ceramah pakai ayat al-quran... tp dah lama gak.. tak juga peluk ISLAM... surau dan masjid dikawasan dia org suram je.. tak de pembaharuan... Khalifah Omar, bila dengar dan baca (untuk diri sendiri), terus jumpa Rasul S.A.W dan peluk ISLAM. Yang dia org ni.. dah lama, siap boleh bacakan petikan ayat lagi pada orang ISLAM yang tak berakal.. tp tak juga peluk ISLAM... itu pun tok-tok guru dok seronok gila.. kononnya dah bawa pembaharuan...
Lepas tu, puak bebas dilabelkan sebagai dah buat benda haram kerana keluar dari pakatan dia org ni... betulke? bukankah iman itu tidak diukur dengan keahlian parti tetapi amalannya. Kalau dia berpegang teguh pada pendiriannya, tidak salah dalam ISLAM.. asalkan pendirian itu tidak bertentangan dengan prinsip ISLAM. Betul ke dok dalam pakatan anwar tu adalah pakatan kebaikan? Yakin ke? Ada wahyu ke yang sahkan join pakatan korang tu dijamin diterima Allah? No ONE can say he can go to heaven melainkan yang telah disahkan oleh Rasul S.A.W.... Yang lain... hampeh lagi... tok guru pun belum tentu masuk syurga... jadi dok dlm pakatan tu belum tentu masuk syurga... dan tak semestinya dok diluar tidak diterima amalannya... mungkin yang diluar lebih baik dari yang dok canang sangat dia org tu baik...
Hanya Yang Maha Esa sahaja mengetahui....

No comments: