A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, September 30, 2009

OPS SIKAP... gagal atau berjaya?

Sebenarnya, statistik kemalangan sepatutnya dibandingkan dengan jumlah kenderaan yang melalui jalan raya... dari berapa kenderaan yg bergerak, berapa yg kemalangan... Dari situ, kita boleh lihat peratusan yan terlibat dengan kemalangan dan bandingkan secara tepat sama ada meningkat atau menurun... kalau ikut kiraan yg JPJ/PDRM/MIROS bagi tidak tepat untuk mencerminkan keadaa, kerana kalau guna hukum matematik, mana boleh buat perbandingan begitu.
OPS SIKAP sebenarnya berjaya... berjaya membuka mata kita untuk melihat perangai sebenar pemandu-pemandu dijalan-raya ini. Dan dengan harapan agar menteri dan agensi berkaitan berfikir apakah penguatkuasaan dan akta serta undang-undang dan pesanan yg telah dikeluarkan dan disampaikan itu berkesan dan berguna dalam mengurangkan kemalangan dan kematian.
Tapi yang pastinya, Suret dan geng, Ong dan koncunya, serta Musa dengan kakitangannya tidak mampu mencari penyelesaian yang terbaik. Apa jua penyelesaian yang mereka fikir dan utarakan, bolehlah dikatakan hampeh serta idea bangang tahap melampau dan menghabiskan duit rakyat sahaja.

Pakai tali-pinggang hanya mampu kurangkan kesan kecederaan, bukan kemalangan... tetapi ini yang dikuatkuasakan... Begitu bodohnya idea suret ni.

Mengurangkan had kelajuan serta menyaman orang yang bawa laju...kerana menyalahkan orang yang bawa laju... tetapi adakah benar memandu laju penyebab kemalangan? Siapa pernah cuba kejar kereta yang dipandu dan didalamnya ada menteri dan pegawai atasan kerajaan.. pastinya sukar untuk mengejar mereka. Rata-rata, kenderaan yang mempunyai lambang kerajaan dan milik pegawai atasan dalam kerajaan dipandu melebih had laju tahap melampau.. Kalau yang atas begini, bagaimana hendak menjadi contoh kepada rakyat.. dan mereka ini bercakap mengenai kurangkan had laju dan saman melebihi had laju.... Betapa bangangnya alasan dan idea mereka.

Semalam ong pula nak kaji 'renew driving license' yang orang buat 5 tahun dengan alasan bahawa sukar nak keep track dan halang mereka dari renew license sebab lama sangat dan by the time tu, markah demerit dah tamat tempoh dan jadi kosong balik. Inilah menteri kita. Fikirkan benda secara pemikiran budak sekolah... tidak fikir jauh. Kalau dah tahu orang tu menyebabkan kemalangan dan kematian atau jadi samseng jalanraya (langgar lampu isyarat, etc).. pergi kejar mereka ini dirumah, dipejabat, etc. Batalkan terus lesen mereka atau limitkan lesen mereka untuk perjalanan jarak dekat sahaja (within 50km radius sahaja).. and suruh mereka pergi buat melapor pada balai polis terdekat setiap minggu untuk halang mereka dari pergi jauh. Jadikan ini denda dan suruh mereka buat selama 6 bulan (or setahun)... For sure dia org ni insaf...

Lepas tu JPJ ke PDRM ke MIROS yg cadangkan nak letak alat speed trap.. tu nak habiskan duit rakyat la tu... buat benda tak leh pakai... nak bandingkan dengan negara luar... kena bandingkan complete sekali termasuk keadaan jalan, kawasan letakkan, cara pemanduan, etc. Macam leh orang tak boleh perlahankan kenderaan bila nampak alat tu or tahu dimana alat tu dipasang... Selepas itu, andai ada gambar pun, kalau masuk mahkamah, boleh ke menang? Jika kereta tu pasang cermin gelap or tinggi dari kedudukan kamera, or orang tu rendah nampak mata je, or pasang lampu tinggi dan spotlight.. macam mana tu? bukan ke membazir je.. mcm ITIS tu.. tidak membantu langsung..

Kenapa mereka ini tidak fikirkan jalan penyelesaian yang baik... aku nak bagi idea pun malas... bukan dapat ganjaran or dapat gaji dia org tu... kalau dia org bagi gaji dia org utk aku bagi idea.. nak gak aku beritahu cara nak kurangkan kemalangan ni...

No comments: