A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, September 01, 2009

Kerajaan... tolong jangan tipu rakyat...

Saya rasa marah gak bila tgk berita semalam. Mana janji PM? rakyat didahulukan... mana tu? Dulu janji minyak RON95 hanya Rm1.75 .. tapi kenapa pulak semalam kata Rm1.80... mana janji dulu? dulu cakap lain... semalam lain pula... sudahlah rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat semasa kenaikan minyak dulu dan masih tak turun lagi... ini janji tak buat dulu. Dikatakan reason buat tu sebab harga minyak naik... hmmm... bukankah harga minyak tersebut dibandingkan dengan minyak RON97 ... jadi, apa kena mengena lak ngan RON95... kalau iya pun, bukankah janji dulu hendak kekalkan harga syiling minyak pada harga pasaran ditolak 30 sen. Mana janji dulu?
Lupa lak... semalam menteri sorang tu cakap sebab naik ialah harga minyak dunia mencecah 80 dollar se-tong... tapi tengok semalam harga minyak hanya sekitar 70 dollar sahaja. Allloooooo bapak menteri.. lupaka? orang sekarang dah maju.. dah boleh baca berita di internet... boleh cari maklumat diinternet... mana hang dapat cerita minyak 80 dollar tu? hang tak tengok berita ka? apa punya menteri daaa... Aku memang marah sangat bila ada menteri cakap tak serupa bikin dan cakap bukan pada fakta yang sebenar.... ni kira nak tipu rakyat tapi lupa yg rakyat sekarang dah boleh check kesahihan kata-kata menteri tu online je...
Oleh itu, wahai bapak-bapak menteri sekalian... do your homework... jangan pakai amik je apa kata orang suruhan korang... siasat sama.. nak bagi kenyataan tu, baca dulu dan siasat dulu betul tak fakta atau point yang ditulis tu... jangan main sembur je...

1 comment:

Sendiri said...

minyak 95 mcm jual susu taruk air...tak pegi jauh mcm 95...akhirnya rege dia mcm sama je dengan 97..