Ketika ini, penggunaan kalimah 'ALLAH' yang dipohon oleh divisen penerbitan gereja kristian, The Herald, telah menjadi satu isu yang bukan lagi isu remeh dan nasional, malah boleh menjadi satu isu dunia memandangkan ia memberi impak yang tinggi pada seluruh alam manusia terutamanya masyarakat ISLAM. Walau bagaimanapun, tidak boleh tidak, satu penyelesaian mesti dicari bagi menjamin kesejahteraan umat manusia keseluruhannya dan warga Malaysia khususnya.
Pada pemikiran saya yang masih kurang ilmunya ini, hanya ada 2 sahaja jalan penyelesaiannya, yakni dibenarkan digunakan atau tidak penggunaan kalimah 'ALLAH' ini oleh agama lain. Didalam penggunaan ini juga ada 2, yakni, penggunaan sebagai sebahagian dalam pertuturan mereka atau didalam penerbitan. Saya yakin, bahawa KDN dan masyarakat lain sama sekali tidak endah mengenai penggunaan kalimah 'ALLAH' didalam pertuturan sesama mereka, tetapi yang mejadi persoalannya ialah didalam penerbitan makalah yang hanya untuk umat kristian, tetapi pastinya akan terlepas pada umat yang beragama lain. Mana mungkin penerbitan hanya untuk sebaran sesama mereka yang sudah pun 'alim' kerana mengunjungi gereja. Pastinya, ia akan digunakan untuk sebaran umum pada umat hindu, buddha, dan juga ISLAM yang berkeliaran di luar terutamanya belia-belia ISLAM yang majoritinya sudah nipis IMANnya dan mudah dimanipulasikan pemikiran melalui sebaran yang mampu merosakkan pemikiran mereka.
Saya juga yakin, bahawa umat ISLAM majoritinya tidak mempunyai masalah atas penggunaan kalimah 'ALLAH' itu oleh agama lain, selagi mana ia merujuk kepada maksud yang sama yang diiktikadkan oleh orang ISLAM. Andai diguna untuk dirujuk sebagai Jesus atau yang lain, ini sudah pasti mengelirukan dan sudah pasti dan yakin bahawa ia ibarat api dalam sekam, niat terselindung yang tidak dapat dikenalpasti dengan pandangan mata kasar.

No comments:
Post a Comment