A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, August 14, 2018

Lembut versus Pondan - Satu pengalaman

Kebelakangan ini, pihak berkepentingan dan tertentu telah secara terbuka menonjolkan dan mengetengahkan isu LGBT. Yang paling ketara ialah isu Mak Nyah @ Pondan @ Bapok @ Trangender lelaki ke perempuan berbanding isu Lesbian, Biseksual dan Gay. Hakikatnya semua itu sama bahayanya. Bayangkan jika seorang lelaki berotot tetiba menyerang anda hanya kerana wajah 'ayu' anda walaupun anda jelas nyata seorang lelaki berbini dua.

Namun bukan itu yang ingin saya kongsikan. Apa yang ingin saya kongsikan ialah sejarah saya bersama golongan Mak Nyah @ Pondan @ Bapok ini.

Saya sudah mengenali golongan ini bukan baru. Malahan sejak penulis kecil lagi. Saya juga pernah digelar pondan ketika kecil, gara-gara suka bermain masak-masak, zero point (getah panjang), dan lebih kerap bersama budak perempuan berbanding lelaki. Saya hanya mula bermain bola di sekolah menengah. Itu pun kerana itu sahaja sukan yang ada. Bukan kerana fizikal, tetapi saya agak 'soft', mudah terasa @ menangis, dan selalu diserang lelah. Maka alternatif, saya hanya dibenarkan bermain permainan yang tidak lasak. Sehingga satu ketika saya pernah terang-terang dipanggil oleh seorang jiran sebagai pondan. Atas sifat lembut itu, saya mengadu pada bapa saya. Namun saya diajar jadi keras. Bapa saya menyuruh saya kata pada makcik tersebut "Cuba makcik bagi saya tidur dengan anak makcik tengok nak tahu saya pondan ke idak"... dan saya tuturkan perkataan itu pada makcik tersebut keesokkannya. Merah padam juga makcik tu.. kekeke.. Terima kasih abah kerana ajar anak abah jadi lelaki.

Arpu - kawan sekolah

Ketika sekolah rendah, saya mengenali seorang budak lelaki india yang lembut. Malahan, dia juga antara kawan rapat saya dari darjah 1 hingga darjah 6. Saya tidak pernah anggap dia pondan. Tetapi saya anggap dia budak lelaki yang berjiwa lembut seperti saya. 'Soft' dan mudah tersentu serta tidak suka pada kekerasan. Kami renggang ketika memasuki sekolah menengah kerana saya masuk kelas lain dan aliran sains, manakala si arpu ini di aliran perdagangan. Dan selepas itu dia sering menjadi siulan dan gurauan kasar rakan sekelasnya. Mungkin benar juga diskriminasi ini. Namun pada pandangan saya, dia gagal berubah apabila semakin lama semakin menjadi kelembutannya. Dan kami bertemu kembali pada beberapa tahun lepas pada majlis 'reunion' di SXI. Sesungguhnya saya terkejut dengan transformasinya. Dia kini merupakan seorang pondan 100%. Dan bukan lagi lelaki lembut. Namun, saya tetap melayan dia sebagaimana saya kenali dia masa kecil. Tetapi, mungkin kerana galakan dari rakan lelaki lain, maka ke'auw'an dia menjadi di luar kawalan. Apa pun, saya doakan agar dia di bawa kembali ke pangkal jalan kerana dia merupaka sahabat saya juga.

Mail @ Amelina

Saya kenali mail ketika saya berada di tingkatan 5. Dia merupakan sahabat kepada abang saya dan selalu datang bermalam dirumah mak saya. Dia bersama seorang lagi merupaka penari kebudayaan pulau pinang. Tuntutan kerja mungkin menyebabkan mereka menjadi lembut hingga merisaukan bapa saya. Takut2 sifat lembut itu hinggap pada anak lelakinya. Si mail ini bila jumpa mesti rapat dengan saya. Maklumlah, saya dulu agak 'kiut' katanya.. Muka baby boy la katakan (masuk bakul angkat sendiri.. haha). Tapi saya tetap panggil dia abg mail.. cuma bila dia buat muka cuka tu baru saya panggil dia amelina (masa tu femes penyanyi dangdut amelina). Bila datang, saya ajak lawan lengan kerana tubuh dia yang berotot pejal dan kuat. Emak saya sendiri cakap pada dia dan kawan dia untuk tidak jadi pondan kalau nak panggil mak saya dengan panggilan mak. Jadi bila datang rumah, mereka jadi lelaki tetapi lembut. Ok lah. Kami layan seperti seorang lelaki juga. Tiada diskriminasi. Nasihat juga diberi. Cuma salah seorang tu makin kuat kecenderongan dia ke arah itu. Hingga habis dicukur bulu kening dan bulu kakinya. Kali akhir saya dengan khabar ialah dia sudah berada di KL bersama golongan sejenis. Si Mail ni juga berjaya diselamatkan. Mungkin kerana sifatnya lembut tetapi wajah dan kekuatannya tetap lelaki sasa. Kuat beb. Tumbuk perut sakit oo.

Abang Jamil, Syahril, si statistik dan mama

Ketika di uitm, saya mengenali beberapa orang lagi lelaki lembut. Yang pertama nama panggilan dia ialah abang jamil. Pelajar senior kejuruteraan awam. Perwatakannya lembut tetapi sudah kahwin dan anak dua. Selang sebulan dia akan datang ke bilik jual pelbagai barang keperluan untuk pelajar seperti sabun cuci baju yang murah dan unik (nama sabun tiada dalam pasaran ketika itu). Cakap je apa benda semua dia boleh bawa dan jual. Golongan ini sejak azali lembut seperti ahli perniagaan seorang itu. Namun mereka bukan mak nyah. Kritikalnya jika mak nyah jumpa mereka, pasti diracun mereka untuk join group. Hanya beberapa orang sahaja boleh terselamat dari godaan dan abang Jamil ni antara yang terselamat. Nak kata kami diskriminasi, pasti tak beli barang jualannya. Tapi kami bantu dengan beli.

Pada masa sama, saya kenali syahril dan budak statistik. Syahril ni satu kelas dan satu bilik dengan saya. Masa mula kenal, saya marah juga kerana dia suka peluk saya. Tapi badan dia seperti abang mail. Keras dan berotot. Cara jalan dan cara bercakap je lembut. Selepas itu dia masuk KESATRIA bersama budak statistik ni. Risau juga saya mulanya tapi lepas dia masuk kadet tentera tu, hilang rasa risau diganti dengan rasa kelakar bila lihat dia jadi komander dan bagi arahan. Keluar suara jantan beb. Sekarang ini dah berkeluarga. Syukur bro... Budak statistik ni je walaupun dah masuk kesatria, tetapi sebab dia suka berkawan dengan golongan pondan yang ada, siap ikut outing lagi. Maka lama kelamaan dia terjerumus sehingga ke tahap cukup bulu kaki dan pakai mekap. Saya akhirnya mengalah dan mengelak dari dia kerana dia sendiri tidak mahu dinasihati. Setiap kali buka mulut mengenai sifat dia, pasti dia lari. Setiap kali ajak ke surau, pasti diberi alasan.

Di akhir kursus, pada semesta akhir pengajian diploma, saya kenali seorang pelajar hotel yang dipanggil mama. Saya tidak berapa ingat nama sebenarnya, tetapi lebih dikenali dengan panggilan mama dikalangan rakan-rakan 'lembut'nya. Namun, sebagai rakan sebilik, saya tetap layan dia sebagai lelaki. Cara pergaulan, sembang lebih menjurus kepada hal lelaki. Bila di ajak solat, dia ok kalau tak penat. Selalu juga bawakan makanan lebihan ketika kelas memasaknya di hotel UiTM. Malahan, pernah pinjamkan saya duit bila saya kehilangan duit. Saya tidak sempat bersua dengannya selepas tamat pengajian diploma dan saya buat praktikal. Namun saya berharap agar dia menjadi lelaki sejati atau sekurangnya seperti abang jamil dan mail. Lelaki lembut tetapi sifat lelaki tetap ada.

Inilah serba sedikit pengalaman saya berkaitan Mak Nyah @ Pondan @ Bapok dan lelaki lembut.

Pada pandangan saya:
  1. Lelaki berperwatakan lembut bukan kategori pondan, tetapi jika mereka berterusan berkawan dengan lelaki lembut yang bernafsu mak nyah, pasti mereka akan terjerumus juga. Lelaki lembut ini perlu bergaul dengan lelaki lain juga agar sifat lelaki itu tetapi ada dalam diri.
  2. Golongan Mak Nyah ni bukan tidak boleh dibentuk, tetapi kalau sudah jadi seperti nisha sehingga lebih selesa berpakaian wanita dan berperwatakan wanita, maka mereka ini sudah sukar diubah.
  3. Mak Nyah ni bukan kerana mereka ini sejak azali menjadi mak nyah, tetapi kerana sifat dan perangai ini dibentuk dengan kerelaan. Berdasarkan pengalaman, mereka ini yang lebih gemar bersama mereka menyebabkan keinginan @ nafsu ingin menjadi wanita itu tidak dibendung dan dikawal. Sebahagian mereka juga kerana pergaulan dan penganiayaan orang terdekat. Namun, jika mereka hendak, ada pelbagai cabang dan cara untuk mereka kembali ke jalan yang betul dan bukan terus merelakan diri diperlakukan dan memperlakukan kepondanan itu.


Nasihat saya:

  1. Sentiasa berdamping dengan lelaki sejati dan lakukan aktiviti kelakian/lasak.
  2. Sentiasa cuba menjauhkan diri dari golongan ini agar sifat dan naluri yang tidak elok itu dapat dikawal
  3. Sentiasa berdoa dan berusaha. Doa sahaja tidak cukup. Kena ada usaha keluar. Banyak pihak sudi membantu.


Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan dia suka pada yang orang yang bertaubat. Oleh itu, taubatlah sebelum kita dikembalikan padaNYA. Tapi kalau nak terus juga dan tidak mahu bertaubat, sendiri ingatlah akan azab Allah kerana peringatan dan bimbingan telah diberi.

No comments: