A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, June 02, 2012

Orang Melayu Pertikaikan UiTM - Penjelasan VC UITM

Penjelasan saya berkenaan intake pelajar. 
250 ribu mohon utk masuk UiTM selepas SPM. 100 ribu letak UiTM pilihan pertama. Yg terima masuk hanya 20 ribu. Ramai yg kecewa. Yg terima masuk semuanya berdasarkan merit. Majoriti diterima masuk dgn melebihi 5 atau 6 A shj. Keputusan cemerlang shj. Pelajar2 lain dgn mininum 5 credit masih boleh mohon program UiTM di Kolej2 Bersekutu. Ada 28 kolej diseluruh negara .Tempat TiDAK TERHAD. Cukup syarat min dpt masuk. Program sama, dip sama, konvo di Shah Alam spt pelajAr2 lain di seluruh sistem uitm. Yg tak ada 5 credit dan tak ada credit English boleh masuk program Pra dip di kolej bersekutu. Selepas itu boleh diterapkan ke diploma. PELUANG YG SANGAT LUAS DI KOLEJ BERSEKUTU. Selepas dip boleh masuk ijazah di UiTM. Nampaknya semua ada peluang. Tetapi atas permintaan YAB D.S Najib utk bantu pelajar2 miskin tegar, program Mengubah Destini Anak Bangsa diwujudkan. Peluang diberi dgn bantuan Alumni utk pelajar ini mengikuti program Pra dip. Pelajar2 pra tak ada kemudahan ptptn.Asal Usul UiTM adalah utk bantu anak Desa. Tujuan adalah utk mengubah destini org Melayu yg masimiskin dikampung dan bandar. 

Berikut adalah beberapa komen utk renungan kita semua.

حسن ذوالكفل 
apakah yg dimksdkn oleh penulis ttg "senang nk msk UiTM"? apakah yg cuba digambarkn oleh penulis ttg "tak adil"? penubuhan UiTM bermatlamatkan ingin cuba MEMBERI PELUANG yg lebih luas kpd kaum MELAYU/BUMIPUTERA menyambung pengajian di peringkat yg lebih tinggi.. bg soal kecemerlangan akademik dan sebagainya, itu semua bergantung kpd usaha pljr itu sendiri.. ia tiada kaitan langsung dgn "kesenangan" utk memasuki ke UiTM..
*JIKA KAUM MELAYU/BUMIPUTERA (terutamanya yang beragama Islam) TIDAK CUBA UNTUK MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA MEREKA SENDIRI, SIAPA LAGI?

Zulhilmi Dzulkafli 
buat orang yang menghantar msg itu... saya cuma ingin berkata. ...rezeki masing2 dah ditentukan yang maha Esa.. kita hanya mampu merancang apa yang terbaik untuk kita tapi hanya yang maha Esa menentukan... qunfayaqun.... jangan pertikai takdir.. usaha lagi..INSYALLAH kalau bukan kat uitm mungkin anda akan mendapat tawaran ditempat lebih baik...daripada pertikai perkara ni baik ambik sudut pandang positif... ini hanya pendapat saya... salah silap mohon maaf...kita sama2 insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan... assalamualaikum...

IAsk Sopian Hayati 
blik objektif pnubuhan UiTM.. Ianya utk kelangsungn bangsa (melayu bumiputera).. Bla sbut sng susah msuk UiTM, kelonggaran dberi utk ank2 bngsa yg kurg bnasib baik.. Seiring dgn pruntukn plembagaan, setiap org ada hak utk mdptkn pnddikan.. Knpa perlu dpertikaikn, syarat kmsukn mgkn longgar tpi hnya utk certain program.. Polisi ini d laksanakn slps pihak pngurusan UiTM mkaji baik buruknya.. Apa yg penting smuanya adalah atas matlamat mengubah nasib dn destini anak bangsa.. Klu UiTM tak pkenalkn sistem sbgitu, tak mungkin saya brada d UiTM skrg.. Sya bknla dri klgn plajar yg pintar dn berada, tpi kerana UiTM la saya bmula dgn pra, diploma dn skg brada d peringkat ijazah.. UiTM ada matlamat tsendiri, UiTM pcaya jika seseorg itu dberikn pluang, tdk mustahil seseorg itu akn mngubah nasib dirinya dn pling pnting mjadikn impian ibubapa yg inginkn anaknya mjejak kaki ke menara gading menjadi nyata.. UiTM di <è ku. =)

Mimio Michiyoe 
senang cite jgn jadi MELAYU LUPA DIRI. sape nak tolong melayu kalau bukan melayu sendiri :)

Chak Mohamed
senang atau tidak itu bukan soalnya...asal ITM(UiTM) pun nak tolong orang melayu/bumiputera...then...apa yang tidak adilnya? kan yang senang masuk tu program pra-diploma (program destini anak bangsa)...kalau mereka berusaha,jujur & ikhlas menuntut ilmu...mereka berjaya & jd pelajar diploma...sekali lg, dimana tidak adilnya?

Aien Nur Afiqah 
saya bukan pelajar cemerlang masa spm , uitm beri saya peluang melalui program MDAB nie lah ,dari situ saya mula bertapak sedikit demi sedikit .. sekarang saya diterapkan ke program ijazah sarjana muda selepas 3 semester di dlm program diploma , siapa kata uitm ambil ramai pelajar tiada kualiti ? saya dah buktikan ..

Firdous Redhuan 
saya sebagai ex student UiTM, mengakui mmg sng nak masuk TAPI itu adalah usaha murni UiTM utk bagi pendidikan kat masyarakat bumiputera. if UiTM xbuat macam tu xmustahil ramai bumiputera yg kurang berjaya di peringkat SPM, akan terbiar. mmg ada suara2 kecil cakap UiTM ni main ambil je pelajar utk kos ntah ape2.TAPI walaupun kos ntah ape2, at least diorg akan ada knowledge. so Dato', teruskan usaha murni ni. saya sangat berterimakasih atas jasa UiTM. bkn sng nak puaskan hati sumer org.

Kamarul Ariffin 
isu yg diketengahkan si pengirim kurang jelas. kalau apa yg dimaksudkan adalah kemasukan pra-dip, sy rasa si pengirim tidak tahu tujuan sebenar. Pengirim mungkin tidak tahu kerana mungkin dier bukan warga kerja uitm yg tidak pernah tahu agenda yg sebenarnya. Mereka mungkin tidak tahu cerita penat lelah dato vc kita menimba ilmu sehingga berjaya seperti skrg dan mereka ini tidak tahu hasrat yg ingin disampaikan oleh dato vc bg membangunkan bangsa kita sendiri ke tahap yg lebih baik...


Dari FB Dato' Prof. Ir. Dr Sahol

Semak sejarah UiTM di http://www.arkibmuzium.uitm.edu.my/sejarahUiTM.htm

No comments: