A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, May 22, 2012

Kebocoran Maklumat akaun bank - Apa puncanya?

BNM, SPRM perlu tegas
KUALA LUMPUR 21 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) perlu bertindak tegas terhadap mana-mana bank yang dipercayai membocorkan maklumat peribadi kepada pihak tertentu.
Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia, Omar Idris berkata, kegiatan berunsur jenayah itu tidak boleh dibiarkan kerana ia melibatkan integriti industri perbankan negara.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap pihak terbabit kerana dipercayai terdapat unsur-unsur rasuah dan sogokan.

"Kegiatan membocorkan maklumat ini adalah suatu yang amat merisaukan bukan sahaja kepada pelanggan bank tetapi menjejaskan pelabur asing.

"Justeru, pihak BNM dan SPRM tidak harus berdiam diri kerana jenayah ini akan mengancam kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing di rantau ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk keseluruhan berita: layari Utusan Malaysia

Pakcik kata:

Kena lihat keseluruhannya. Saya jamin bahawa semua bank ada prosedur tertentu sebelum sesuatu maklumat pelanggan dikeluarkan dan hanya boleh dikeluarkan bergantung pada keadaan tertentu. Sekiranya prosedur itu dilanggar, maka saya yakin bahawa semua bank mempunyai akta tertentu (termasuk BNM) untuk menghalang dari seseorang staff untuk mengeluarkan maklumat mengikut sesuka-hati walau atas apa jua tujuan sekalipun.


Namun begitu, prosedur atau akta ini hanya wujud tetapi tidak ada bentuk penguatkuasaan berlaku. Kes maklumat pengguna yang tersebar bukan kali pertama dengar dalam kes NFC ini. Pernahkah anda semua menerima panggilan dari tukang pungut hutang yang di'hired' oleh pihak bank atau menerima panggilan dari nombor-nombor yang tidak diduga (ada yang tak keluar) dan menawarkan pelbagai produk kerana anda adalah pelanggan bank tertentu (berdasarkan kad kredit dan sebagainya). Dari mana mereka ini mendapat nombor anda serta pelbagai maklumat peribadi anda? Tidakkah ini kerana ada yang telah menjual atau menyerahkan maklumat anda pada pihak tersebut? Bagaimana mereka boleh melakukannya?


Maka, sewajarnya, pihak bank mengolah dan menstruktur kembali sistem bank yang mengawal pengedaran maklumat seperti menghalang dari pekerja bank biasa untuk mengeluarkan maklumat dari sistem melalui cetakan atau menghadkan maklumat yang boleh dicetak keluar serta level kebenaran yang perlu. Ini bagi memastikan sistem perbankan negara selamat serta maklumat pengguna di'protect' kan.

No comments: