Komen Pakcik:
Terlalu banyak fitnah dan tidak ada unsur ISLAM seperti dilaungkan:
- "Kalau sudah partinya menipu, sampai keahlinya semua menipu juga" - Fakta yang dikira fitnah. Adakah semua ahlinya benar menipu? Apakah didalam parti yang disokongnya tidak menipu? Yang menipu bukan parti tapi manusia dan tidak ada manusia yang maksum kecuali Nabi. Manusia ini termasuklah ahli PAS, UMNO, PKR, etc... semua manusia yang tidak maksum.
- AUKU dikatakan mengongkong pelajar. Agak agak Anwar Ibrahim dizaman AUKU atau tidak? Malah ramai yang jadi pembangkang juga adalah ketika AUKU dikuat-kuasakan? Adakah sebab AUKU mereka tidak jadi pemimpin? Adakah pelajar tidak berpolitik didalam kampus? Bukankah ada MPP dan sistem pemilihan kampus? UiTM pada tahun 90an juga dipimpin oleh pelajar yang juga menganggotai ABIM. Adakah mereka itu dikongkong?
- "Ada budak koma dibelasah ketika malam sambutan tahun baru" - Fakta yang dikira fitnah juga. Benarkah? Kenapa didalam akhbar Harakah pun tidak dikeluarkan? Kenapa ibu bapa yang koma tidak saman polis. Nampak sangat satu fitnah. Malah gambar yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk pro-PR juga tidak menunjukkan ada budak koma. Yang ada hanya berbaring sambil berbicara dengan rakan.
Tidakkah ini menunjukkan kamu juga melakukan fitnah yang tidak digalakkan ISLAM?
No comments:
Post a Comment