A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, September 29, 2012

Mencegah Kebakaran - Tips dari Bomba

fire safety picSemalam ada seminar dari 'Fire Prevention Center' di pejabat berkenaan konsep mencegah kebakaran. Seminar selama 2 jam itu hanya sempat saya hadiri sekejap sahaja. Namun ada beberapa tips dari penceramah yang ditauliahkan oleh BOMBA dan harapanya dengan perkongsian tips ini di sini, kita InsyaAllah dapat amalkan cara terbaik dalam menghadapi kebakaran.


Tips 1 - Elakkan dari menggunakan selimut, pasir, kaedah berguling dan air

Cara yang diguna-pakai ketika ini yakni penggunaan selimut, pasir, berguling di atas tanah, dan air adalah kurang efektif serta ada kesan sampingan. Oleh itu elakkan dari menggunakan cara tersebut.

  • Selimut (dibasahkan atau tidak) - boleh dilibas atau di letak atas tempat yang terbakar dan dipijak atau di tepuk bagi memadamkan kebakaran (jika tidak besar). Dilarang digunakan keatas orang yang terbakar kerana ada kemungkinan akan melekat pada kulit dan menyebabkan kesan berkekalan apabila ditanggalkan.
  • Pasir - untuk kebakaran selain dari tubuh manusia dan perlu kuantiti yang banyak. Jika digunakan keatas tubuh manusia, berkemungkinan bakteria akan memasuki tubuh manusia.
  • Berguling atas tanah - Sukar dilakukan didalam pejabat kerana karpet yang ada mungkin terbakar. Boleh dilakukan diatas kawasan bukan senang terbakar atau diatas padang rumput.
  • Air - Jika peralatan elektrik terbakar, akan menyebabkan litar pintas dan elektrik disebarkan pada kawasan yang berdekatan melalui air tersebut. Boleh menyebabkan kita terkena kejutan elektrik. Juga jika tubuh manusia yang terbakar, air tidak boleh digunakan kerana akan menyebabkan kesan lecuran yang teruk serta menyebabkan urat-urat dibadan manusia yang berhampiran kulit terputus dan seterusnya menyebabkan kecacatan kekal


Tips 2 - Menggunakan alat pemadam api dengan betul


  • Dalam apa jua keadaan, cuba gunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dan pastikan ia BUKAN berasaskan CO2 terutama jika ia melibatkan nyawa manusia. Ia juga boleh membahayakan pengguna kerana kadar kesejukan melampau.
  • Pastikan alat pemadam api diselenggara setahun sekali atau pastikan penunjuk berada di bahagian hijau bagi memastikan alat masih dalam keadaan baik.
  • Pastikan alat tersebut dilabel dengan A, B, dan C sekurang-kurangnya bagi menentukan kebolehupayaan ia memadamkan kebakaran. Tambahan E adalah untuk peralatan elektrik.
Product description: Chart showing the various types of extinguishers,

Types of Extinguisher
  • Pastikan ada 2 alat pemadam kebakaran, sekurang-kurangnya 2 - satu di dapur dan satu lagi di bilik atas.
  • Cara guna
 
Itu sahaja tips yang sempat saya ambil. Moga menjadi panduan pada kita ketika berlakunya kebakaran dan sebagai persiapan untuk kita. Selebihnya, kita berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T dan moga-moga kita dihindari dari kejadian melibatkan kebakaran.

No comments: